
1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita
Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita
2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,
tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis
3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,
tetapi menikah di hadapan Allah
4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda,
kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua
dan meminta maaf apabila anda berfikir
untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka
5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah.
Anda ad alah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat
6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga,
tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri
7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan,
tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan
8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%
9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Jangan bahagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,
tetapi cintailah isteri atau suami anda 100%
dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%
10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa
pintu rezeki akan terbuka lebar
berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri
11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan
jasa pasangan hidup
yang setia mendampingi kita semasa menderita
12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri
tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab
apabila isteri memerlukan pertolongan Anda
13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut,
tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan
14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa
orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,
kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak
15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa
tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua,
yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya
16.KETIKA ADA PIL
Jangan diminum,
cukuplah suami, isteri sebagai ubat
17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS
Gunakanlah formula 7 K
1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran

Regardless your belief, I share with you some 'petua' for your thought and share with somebody else...

No comments:
Post a Comment